Thursday, 21 April 2011

Pembaziran Air di Negara Kita

Menurut seorang pakar perunding, Dr K Kalithasan dari Pusat Alam Sekitar Global (GEC), penduduk Malaysia menggunakan antara 184 dan 500 liter air per kapita sehari dan kebanyakan pembaziran air berlaku di tandas dan bilik air, yang mencatatkan penggunaan maksimum di bandar raya dan pusat bandar. 
Di dalam ajaran Islam juga kita dianjurkan supaya mengamalkan budaya berhemah walaupun ketika menggunakan air untuk berwuduk, lantas tohmahan mengatakan Islam mengajar umatnya berlebih-lebihan dalam menggunakan air untuk bersuci ialah sesuatu yang dangkal dan kurang selidik. 

Apabila ditanyakan mengenai isu alam sekitar yang paling kritikal ketika ini, sudah pasti banyak pihak yang menekankan isu perubahan iklim atau pemanasan global. Bagaimanapun, lain pula pendapat Dr Chan Ngai Weng, Presiden Pengamatan Air Pulau Pinang (WWP) di dalam akhbar (Bernama) pada 17 Jun 2010. 

Menurut Dr Chan, isu air adalah isu alam sekitar yang paling mendominasi pada kurun ini dan perlu diberi perhatian serius oleh segenap pihak. Tiada alternatif lain bagi menangani isu masalah kekurangan air tambahan pula, Malaysia terlalu banyak bergantung kepada pendekatan pengurusan bekalan air melalui pembinaan empangan dan loji rawatan air.

Dengan pertambahan bilangan penduduk, industri, pertanian dan sektor-sektor lain yang terus melonjak umpama cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan permintaan air kian meningkat. Namun persoalannya, adakah Malaysia terus-terusan boleh memenuhi pemintaan air yang kian melampaui kemampuan maksimum berikutan tiada lagi empangan yang boleh dibina. 

Antara langkah yang disarankan bagi menangani masalah ini adalah dari sudut pendekatan Pengurusan Permintaan Air serta pendidikan kepada para pengguna mengenai penjimatan air. Selain kerajaan dan badan pengurusan, pegguna juga perlu memainkan peranan penting dalam sektor memelihara dan memulihara sumber air serta mengurangkan pembaziran air. 

Tanpa kerjasama yang jitu dari semua pihak, masalah ini tidak akan dapat diatasi sampai bila-bila seterusnya merugikan dan menyukarkan keadaan pada masa akan datang. Pelbagai cara dilakukan bagi meningkatkan kesedaran pengguna seperti menjadikan mandatori untuk menjimatkan air atau mengenakan denda kepada mereka yang membuat pembaziran air. 

Kerajaan dan badan pengurusan juga telah membantu sedikit sebanyak dalam pemberian subsidi melalui bayaran untuk tarif air yang terlalu rendah sebagai usaha menggalakkan pelestarian air oleh pengguna. Walaubagaimanapun, sikap endah serta tidak acuh pengguna telah mensia-siakan usaha dan pendidikan mengenai isu ini, ibarat mencurah air ke daun keladi. 

Jumlah penggunaan air yang berlebihan oleh rakyat Malaysia perlu dikurangkan daripada 300 liter seorang sehari (LCPD) kepada sekurang-kurangnya 200 LPCD. Seiring dengan perubahan iklim, ketidakcekapan pengurusan air, kegagalan merancang serta melindungi sumber air akan mencetuskan krisis kritikal seperti kekurangan air dan tarif air yang tinggi.
sumber:Forum air malaysia

Friday, 25 March 2011

Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia

Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Water and Energy Consumer Association of Malaysia-WECAM) telah ditubuhkan untuk melindungi kepentingan semua lapisan pengguna dalam kitar hayat sektor air dan tenaga. Melihat kepada isu perubahan iklim, kedua-dua sektor ini merupakan sektor-sektor yang paling terjejas.

WECAM juga merupakan kumpulan sokongan teknikal (iaitu kejuruteraan, analisis dan perisian) kepada Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA). Sejarah WECAM bermula dengan penubuhan FOMCA pada 1973. FOMCA telah memasukkan elemen perlindungan alam sekitar sebagai salah satu agendanya dan menubuhkan Bahagian Alam Sekitar FOMCA.

Bahagian ini telah berkembang pesat dan berdikari dengan kadar cepat. Ini menyebabkan penubuhan semula Bahagian Alam Sekitar FOMCA sebagai entiti yang memfokus kepada isu-isu air dan tenaga serta secara keseluruhan isu alam sekitar.

Visi

Untuk menjadi Badan Bukan Kerajaan yang memimpin perlaksanaan Penggunaan Air dan Tenaga serta sumber-sumbernya secara lestari melalui menjalankan program-program pembinaan kapasiti, pendidikan pengguna berterusan dan advokasi

Misi
  1. Untuk menambahbaikan perlaksanaan penggunaan lestari air dan tenaga di Malaysia
  2. Untuk memberikan penyelesaian dan cadangan yang objektif dan berfungsi dalam mewujudkan penggunaan air dan tenaga yang lestari di Malaysia
  3. Untuk mewujudkan kesedaran, membina kapasiti dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan penggunan air, tenaga, sumber-sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui melalui kerjasama dengan kerajaan, sektor swasta, orang awam dan organisasi antarabangsa
  4. Untuk menjadi Badan Bukan Kerajaan yang memimpin dalam advokasi Penggunaan Lestari air dan tenaga di Malaysia dan antarabangsa untuk pengguna domestik dan industri


http://www.fomca.org.my/v2/index.php/portal-pengguna/persatuan-pengguna-air-dan-tenaga-malaysia

Wednesday, 23 March 2011

Bekalan Air di Malaysia

Di Malaysia,Jabatan Bekalan Air ditubuhkan untuk mengurus hal-hal yang berkaitan dengan bekalan air.Untuk info yang lebih lanjut mengenai Jabatan Bekalan Air,sila layari http://www.jba.gov.my/

Air-Nikmat yang tiada tandingannya

Dalam kehidupan seharian,kita sentiasa menggunakan air.Selain itu,kita juga menggunakan air untuk mandi,mencuci baju dan lain-lain lagi.Tetapi adakah kita sedar betapa tinggi nilai air yang sering kita bazirkan?Air merupakan salah satu khazanah yang tidak patut kita sia-siakan begitu sahaja dan kita hendaklah memanfaatkan air sepenuhnya.